KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dijadual bertemu dengan wakil syarikat gergasi teknologi terkemuka seperti Facebook dan Google pada minggu depan untuk menjelaskan pendirian Malaysia berhubung dasar kabotaj serta aspek pembaikan kabel dasar laut.
Pertemuan itu juga sebagai memberi kepastian kepada pelabur asing mengenai hala tuju dasar Malaysia.
Loke berkata, kalangan perniagaan serta pelabur memerlukan kejelasan mengenai dasar terbabit dan Kementerian Pengangkutan (MOT) sememangnya berhasrat untuk menyalurkan maklumat terbabit bagi membantu mereka membuat keputusan berkaitan usaha meningkatkan pelaburan di negara ini.
"Sebagai menteri, saya berperanan memberi penjelasan mengenai dasar. Bagi saya, syarikat-syarikat ini hanya mahu mendapatkan kepastian dari segi dasar dan (pada masa sama) kita juga mahu mendengar pandangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Bunkering Malaysia (MBA) dan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Loke juga menyifatkan aspek pembaikan kabel berkenaan adalah antara isu subsektor dalam dasar kabotaj dan tidak perlu ditangani di peringkat industri.
"Apa yang syarikat dan pelabur teknologi maklumat (IT) ini mahukan adalah (maklumat) sama ada sesebuah kapal dapat ke lokasi terbabit untuk kerja-kerja pembaikan. Sama ada kapal itu dapat tiba ke lokasi dengan cepat dan cekap...hanya itu isunya," katanya.
Beliau berkata perkara itu penting untuk industri IT walaupun isu pembaikan kabel dasar laut berkenaan tidak melibatkan perniagaan maritim secara menyeluruh.
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa MOT sedang meneliti semula pengecualian bagi kapal asing melakukan pembaikan kabel dasar laut pada 2019.
Selain itu, EMIR Research berpendapat bahawa ketiadaan pengecualian kabotaj yang membolehkan kapal asing menjalankan kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut di perairan Malaysia, boleh menghalang pelabur asing untuk melabur dalam infrastruktur telekomunikasi serta internet Malaysia.
Firma penyelidikan itu berkata dari segi pembaikan kabel tersebut, Malaysia pada masa ini masih kekurangan kapasiti kapal-kapal pembaikan dalam menyokong keperluan serta keupayaan kabel berkenaan yang juga pelaburan oleh penyedia utama kandungan seperti Facebook dan Google.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Loke (tengah) menyaksikan majlis MoU antara MBA yang diwakili pengerusinya Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin (dua,kanan) dan MASA diwakili pengerusinya Mohamed Safwan Othman (dua,kiri) hari ini. - Foto BERNAMA
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Kementerian Pengangkutan akan temui gergasi teknologi, perjelas dasar kabotaj
Menteri Pengangkutan dijadual bertemu dengan wakil syarikat gergasi teknologi terkemuka seperti Facebook dan Google pada minggu depan untuk menjelaskan pendirian Malaysia berhubung dasar kabotaj.